Husnuzon yaitu bersangka baik. Husnuzon berkait dengan hati manusia. Lumrah apabila hadirnya perasaan syak wasangka dalam diri. Tapi manusia diberi akal untuk membezakan dan fikir baik dan buruk sesuatu perkara tu kan.
Cuti sem aku balik kampung. Rasa insecure pulak tengok ramai yang sebaya dengan aku genggam tangan suami. haisshhhh.. bukan jealous , cuma insecure..hahah.. aku tak jealous dengan kawan2 yang kawin awal, aku jealous bila ada kawan yang berjaya dan dapat tanggung keluarga dalam usia muda. Kan hebat tu. Aku ni dok berhingus lagi mintak mak suapkan makanan. Hahah
Dah jadi kebiasaan kita akan kata "insyaAllah kalau ada rezeki". Cuba tukar jadi "ada rezeki,insyaAllah" nampak yang kita meletakkan semua urusan kepada Allah dan bersangka baik dengan Allah.
Kadang manusia buat silap. Lumrah la manusia, bukan malaikat. Tapi Allah bagi peluang untuk kita bertaubat, bersangka baiklah dengan Allah dan yakin Allah ampunkan kita dan perkenankan doa kita. Aku juga buat silap. Kadang aku rahsiakan sesuatu, bukan tak nak share masalah cuma hati rasa sakit. Aku terus berdoa agar orang disekeliling aku faham dan bersangka baik dengan aku. Allah berfirman "berdoalah kepada ku nescaya akan ku perkenankan kepada mu"
See.. Allah suruh kita berdoa dan yakin dengan Allah. Doakan senjata bagi mukmin. Berdoalah..
Aku juga manusia, selalu buat silap dan jahil, moga Allah ampunkan aku. Moga Allah ampunkan kita. Janji ada niat untuk berubah dan usaha untuk berubah. InsyaAllah, Allah pandang usaha kita..
Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku
Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu
Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu
Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai
Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran
Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku
Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu
Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu
Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai
Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran
Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling
Tersentuh dengar lagu ni. Ya Allah ampuni aku. Manusia bongkak atas muka bumi ni. Sungguh aku cari cahaya itu untuk menyuluh setelah ku dipaling.




