Make your own Glitter Graphics

Monday, October 12, 2015

husnuzon

Husnuzon yaitu bersangka baik. Husnuzon berkait dengan hati manusia. Lumrah apabila hadirnya perasaan syak wasangka dalam diri. Tapi manusia diberi akal untuk membezakan dan fikir baik dan buruk sesuatu perkara tu kan.

Cuti sem aku balik kampung. Rasa insecure pulak tengok ramai yang sebaya dengan aku genggam tangan suami. haisshhhh.. bukan jealous , cuma insecure..hahah.. aku tak jealous dengan kawan2 yang kawin awal, aku jealous bila ada kawan yang berjaya dan dapat tanggung keluarga dalam usia muda. Kan hebat tu. Aku ni dok berhingus lagi mintak mak suapkan makanan. Hahah

Dah jadi kebiasaan kita akan kata "insyaAllah kalau ada rezeki". Cuba tukar jadi "ada rezeki,insyaAllah" nampak yang kita meletakkan semua urusan kepada Allah dan bersangka baik dengan Allah.

Kadang manusia buat silap. Lumrah la manusia, bukan malaikat. Tapi Allah bagi peluang untuk kita bertaubat, bersangka baiklah dengan Allah dan yakin Allah ampunkan kita dan perkenankan doa kita.  Aku juga buat silap. Kadang aku rahsiakan sesuatu, bukan tak nak share masalah cuma hati rasa sakit. Aku terus berdoa agar orang disekeliling aku faham dan bersangka baik dengan aku. Allah berfirman "berdoalah kepada ku nescaya akan ku perkenankan kepada mu"
See.. Allah suruh kita berdoa dan yakin dengan Allah. Doakan senjata bagi mukmin. Berdoalah..
Aku juga manusia, selalu buat silap dan jahil, moga Allah ampunkan aku. Moga Allah ampunkan kita. Janji ada niat untuk berubah dan usaha untuk berubah. InsyaAllah, Allah pandang usaha kita..




Saturday, September 19, 2015

Setelah ku di paling - Rast

Album :
Munsyid : Rast
http://liriknasyid.com


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua

Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam

Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu

Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua

Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan

Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari

Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling






Tersentuh dengar lagu ni. Ya Allah ampuni aku. Manusia bongkak atas muka bumi ni. Sungguh aku cari cahaya itu untuk menyuluh setelah ku dipaling.
Lirik Lagu Layu - Malique

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Friday, September 18, 2015

lirik warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Friday, September 11, 2015

expectation

Baru-baru ni aku ada pergi talk aiman banna. Seorang pendakwah muda. Menjelajah seluruh Malaysia tanpa ambil se-sen pun dari hasil dakwah. Aku kagum. Beliau ada kupas pasal expectation. Benda ni sedarkan aku. Selama ni aku hidup untuk penuhi expectations manusia. Bukan expectation dari Allah. Kalau hidup untuk expectations manusia. Aku beri satu dunia pun manusia tak kan pernah puas. Kalau hidup untuk expectation Allah. Kita akan bahagia.
Satu lagi, turun kan ego untuk Allah. Tak kan dengan tuhan yg ciptakan kita pun kita nak keras kepala. Nak dapat syurga mudah ja. Buat apa yg Allah suruh, tinggal apa yg Allah larang..
Memang manusia tak sempurna. Memang kita buat silap. Tapi kena ada niat untuk berubah. Allah kan maha pengampun. Minta la ampun. Selagi pintu taubat masih terbuka.  Janji ada niat dan usaha untuk berubah. Allah akan pandang usaha kita. Insya Allah